Want your
own Fotopage?












 
mukeh's FotoPage

By: mukeh mukeh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Saiecho Raya III Invitation

[ visit also : mukeh ]

Dear friends, clients, affiliates, musuh-musuh, segala jenis insan, tak mengira siapa,

We would like to invite you all to our Hari Raya Open-house on this Friday, 9th Nov 2007, 7.00 pm till late at Pool Area, Damansara Pelangi Utama Kondo (Block A,B,C) , Damansara Utama (Near TV3). This year's theme is Retro Raya. Tapi kalau tade rasa nak pakai ala-ala retro pun tape gak, datang chill-chill je ok?



There will be food + drinks (potluck, other snacks + donations are WELCOME! HAHAHAHHAHAH!), entertainment (open mic session + karaoke + joget lambak.. tu pun bergantung kepada keadaan), games (prizes to be won too! nih cam poyo je sebenarnyer. ahhahahahahhahaha!), etc.

So make your way to SAIECHO RAYA 3, this Friday, 9th November 2007! Bring your friends too!

Selamat Hari Raya!!!




oiiiii makn aper kat citu sedap tak... Fri 9-Nov-2007 11:47
Posted by:fummyesa mohdfahmyesa@yahoo.com.sg
heh, sorry mukeh, demam teruk hari tu n x dpt nak pergi open house rumah ko...kepingin saeko open house..heh Thu 22-Nov-2007 11:07
Posted by:goahash
awak ni muhriz yg pernah keje kat PTPL shah alam tu kan? Thu 7-Feb-2008 15:43
Posted by:gingerbread
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 27-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Everyone has a first love story to tell

[ visit also : mukeh ]

Kenapa aku perlu tengok cerita nih berulang kali walaupun aku dah paham pertama kali aku tengok? Kenapa eh?



1. Everyone has a first love story to tell. Tagline camtu dah memang sangat stret forward untuk citer Mukhsin nih. Tengok pada poster tu pun aku leh feel citer nih pasal cinta, pasal sesuatu yang harmony, and peaceful. Seriyes, nih bukan omong-omong kosong yang sengaje dibodek bodek supaya dapat free preview di masa-masa akan datang. MUAHAHAHHAHA! Tak caye, cube korang tengok poster tu, ape korang rasa? Same cam ape aku rasa kan? Hehehe!

2. Jalan citer yang simple, tak menimbulkan kontroversi langsung kalau nak compare ngan citer Gubra, walaupun aku rasa pasti akan ada pihak yang menimbulkan issue yang tak sepatutnya jadi issue. Takpun akan ada pihak yang cuba untuk mempersoalkan sesuatu scene yang pada lahiriahnya, tak punya makna yang tersembunyi. Bak kate Yasmin Ahmad "Saya buat scene camtu sebab saye nampak interesting. Bukan sebab ada apa-apa poetry or something like that". HAHAHAHHAHAH!

3. Oh karekter setiap pelakon tu memang aku sangat suke. Tak kesah la ngan lakonan Sharifah Aryana yang versatile, penuh ekspresi dan emosi yang mendalam dan bercelaru, lakonan Syafie yang penuh romantis, selain lakonan Irwan Iskandar dan Sharifah Aleya yang sememangnya karekter diorang nih memang dah established dalam citer Sepet lagi. Camtu gak ngan karekter Adibah Noor yang begitu penyayang. Lakonan Rozie yang bersifat provokasi melalui anaknya tetapi struggling dengan marriage, bila suaminya bersifat buaya darat tapi sering mengotakan janji. Tak kurang hebat gak karekter aunty Mukhsin yang begitu prihatin dan penyabar walaupun hidup dalam keadaan yang agak daif, bersama Hussein, abang kepada Muhsin yang begitu lembut hati walaupun karekter nyer agak bengis. Kalau diteliti, setiap karekter digilap ngan penuh teliti dari segi kekuatan dan kelemahan memasing.

4. Soundtrack, lagu dan segala audio, sangat kene ngan theme di kala-kala dulu. Tak terlalu catchy, tak terlalu urban, tapi more kepada classic, striking soundtrack and soul.

5. Sinematografi memang tayah cakap aaa. Sume orang aku rasa memang dah sedia maklum ngan style Yasmin Ahmad. Tapi aku nak gak cakap betapa aku sangat impress ngan details yang diamik kira oleh Yasmin. Bukan setakat scene dan feel yang begitu klasik, tapi dari segi set, cam public phone, basikal, layang-layang, sekolah, bilik darjah, memang takde yang gagal. Sume into scene and feel.

6. Kemenangan 2 awards di Berlin (aku tak sure secara tepat namanya) dah explain segala.

7. Family and love. Nih yang paling penting la aku rasa. Message dari keseluruhan citer nih sangat clear betapa cinta, tanpa kira umur, mampu melahirkan suatu keadaan yang sangat selesa selain membuka peluang kasih sayang yang lebih meluas (dari sekadar kawan hinggalah lebih kepada itu), lelebih lagi bile unsur-unsur kekeluargaan menjadi asas dalam pembentukan relationship yang ikhlas. Walaupun setiap satunya punya keunikan tersendiri, dan kelemahan yang tidak dapat dielak, namun ianya mampu memberi suatu kesedaran kepada masyarakat, betapa manusia tidak pernah sempurna. Apa yang kita nikmati, tidak semestinya orang lain ada peluang untuk nikmatinya. Dan apa yang kita tak dapat nikmatinya, pasti Tuhan punya alasan Nya tersendiri. Dan setiap dari manusia tu, punya suatu rasa cinta yang tulus, adakalanya buta yang tak dapat dijelaskan ngan apa jua bahasa.

Congratulations Yasmin and the whole production crews!

* hanya cebisan review, ape lagi, layannnnnn laaa 8 Mac nihh beb!! Go go!!

Good movie for family watching...yeahh i think so Fri 25-May-2007 06:06
Posted by:Webbie! my@webbie.zharif.org  - [Link]
Add comment


Monday, 29-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
My Obsession


i pray you both will be happy together forever. ok? Mon 29-Jan-2007 02:27
Posted by:leni
scaya laaaa mukeh! kehebatan efek yg aku pun tak reti camne nak buat Mon 29-Jan-2007 05:56
Posted by:man
Semoga korang berkekalan hingga ke akhir hayat..
cepat kahwin weh...nak gak amik gambar ko kawin..
Tue 6-Feb-2007 08:19
Posted by:ND  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 8-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Why I Miss Her So Much?

[ visit also : mukeh ]

Ok for some reason, aku rasa entry nih tak sesuai untuk mereka yang mudah termuntah, mudah terasa loya, mahupun mereka yang sangat sensitif pada emosi rasa dan jiwa raga. MUAHAHAHAHAH!

Kenape aku lately nih rasa cam miss yang gile? Ker memang aku dah gile? Ohh tu memang aku admit gak, sebab aku memang gile kat dia. MUAHAHAHAHHAHA! Tapi for the first time in my whole life, aku rasa segile camni, dulu tade la segile camni, cam lek lek kool je, tapi skarang nih buleh tahap hilang kewarasan kekadang tu.

First of all, her personality, her sincerity, kejujuran dan sifat transparent dia, sangat impressive. Kekadang aku cam terpikir gak, kalau lah satu dunia nih dipenuhi oleh manusia seperti dia yang sangat sincere dan jujur, aku rasa manusia akan menghadapi masalah. Sebab iye aa kan, sume nak berkata benar, sume tak reti nak tipu. So aku rasa aku sangat lucky tak hingatnyer sebab dapat mengenali ngan salah sorang dari mereka-mereka yang sincere dan jujur nih. So aku sangat miss kalau satu hari tu, aku tak dapat nak dengar ape-ape je la pasal dia. Bukan sebab aku jiwang sial, tapi sebab aku dah suke, nak buat camne kan? MUAHAHAHHAAHAH!

Second of all, the most part yang aku suke pasal dia, adalah senyuman dia yang sangat menawan dan complete tak hingatnyer. Dem laa! Aku wish gile aku punya senyuman yang lek lek kool bukan setakat di alam nyata, tapi juga di alam fotografi. MUAHAHAHHAH! So kekadang tu, aku rasa cam nak marah kat dia, nak rasa sangat upset kat dia, tapi cam takleh seh, dia nyer senyuman tu like satu magik yang buleh meneutralkan keadaan.



Tu belum amik kira lagi dia nyer sifat-sifat yang lain, cam caring, rasional dan concern. Selain brain dia yang sangat smart dan saikologi nyer yang sangat mantap. Damn! Inspirasiku seh! Yahh dulu aku cam kurang sangat nak percaya part-part inspiration nih. Cam apekahhh!! Perlu ke inspirasi nih seh? Tapi lately nih, bile aku pikir-pikir balik, sume menda yang aku buat, adalah related to her. Sume menda! Keje keras, menguruskan badan (damn, aku dah turun about 3kg dalam kurang sebulan, kool kan? MUAHAHAHAHHAHA makin hot nihhh beb! WARGAHAHAHAHHA cam sial up up diri sendiri), mencarik duit tercinta yang hebat, sume di'inspired' olehnye. Sebab tu aku sangat sure, kekuatan yang aku ada skarang nih, adalah dari inspirasi dan dimotivatedkan oleh sifat dia yang aku rasa, dia sendiri tak sedar kot.

And last skali, kenape aku sangat miss kat dia hari-hari, sebab dia adalah dia. Dia bukan orang lain yang aku kenal di masa lepas, dia bukan nyer orang yang aku kenal disebabkan historynya. Aku kenal dia as a person yang sangat menyenangkan aku, sangat memberi aku keselesaan, dan tak menyesakkan pale otak aku. Ape yang dia ade, adalah ape yang aku sangat wish sebelum nih.

Kecantikan adalah pelengkap segala. Bak kate orang, suatu bonus la kan. The way dia dress up, the way dia bawak diri dia, the way dia mengagumi sesuatu menda, arghhh memang setel laaa buatkan aku rasa cam miss yang sangat menggila.

Adakah aku gila? Oh tidak. Kalau aku diberi peluang untuk senaraikan mereka-mereka yang aku wish untuk jumpe dan spend the whole day or mebbe seminggu or mebbe more, definitely dia salah sorang daripadanya.

Yup, im still missing her so much.

*adakah anda rasa nak termuntah? MUAHAHAHAHAHHA pedulikkkkkkkk!! Layan jeee, bukan selalu kan? HAHAHAHA!

ni mukeh ke ni ?kekekekeke..hahahahahha ....kelakar la wak ...serius 3kg?kekekeke...tahniah ..caya la.. Mon 26-Feb-2007 06:25
Posted by:mama aina qasdinah shahirah24@yahoo.com  - [Link]
confirm ---> mukeh jiwang!

btw, what happen to s0lidmind?
Thu 31-Jan-2008 14:18
Posted by:sue cute  - [Link]
Add comment


Monday, 6-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Syawal 1427 @ Taman Desa Minang & Teluk Panglima Garang

[ visit also : mukeh ]



Memandangkan Aidilfitri nih sebulan lamanya, maka tak salah gak rasanya aku wish 'Salam Aidilfitri' kat sume yang membace website aku yang happening dan menarik nih. MUAHAHAHHAHAHAHAHHA! (mase Aidilfitri je aku berlagak, hari-hari lain aku tak sangat. HAHAHHAAHHA!)

Walaupun hari nih dah masuk 14 Syawal 1427, aku tetap nak mintak maap gak, pada semua yang aku pernah buat bengang, tension, marah, upset, sedih, kecewa, tak amik pedulik, mahupun telah menjadi musuh sekarang nih. Ohh sesungguhnya manusia selalu buat kesilapan yang tak pernah reti nak berenti apetah lagi nak berubah. Termasuk la aku yang sangat mudah leka dan tersesat nih. MUAHAHAHAHHAHA!

Raya tahun nih, especially nyer kepada rerakan aku yang kat KL, yahh aku tau, raya kali nih cam sangat tak best. Tade mercun, tade mangsa untuk dibommm berderaiii, tade sesi bergambar sakan yang hebat posing di sana sini, tade acara melantak makanan sampai terkoyak baju, mahupun acara bergelak sakan. Mungkin keadaan yang hujan setiap hari membunuh mood dan keceriaan kita yang membuak-buak nih. Ehhh tapii bukankah hujan itu rahmat? Heheheh!

Seminggu berlalu, bagaikan cam baru 2-3 hari je Aidilfitri datang menyinggah dalam kehidupan kite nih. Hijau mungkin tema yang paling damai di Aidilfitri kali nih. Kalau tahun lepas, purple menjadi warna bergaya, merah menjadi warna keceriaan untuk tahun sebelumnya, dan peach plak warna ketenangan untuk tahun 2003, aku rasa 2006 memerlukan kaler yang mendamaikan aku dalam ape jua keadaan.

Maka wahai rakan-rakan, wahai musuh-musuh, wahai client-client, wahai reader-reader ku, wahai stalker, wahai stranger, wahai admirer, wahai segala macam manusia, cepat-cepatlah anda semua reserve kan 25 November dalam reminder anda, dalam kalendar anda, dalam pda anda, dalam ape-ape yang anda rasa anda pasti ingat dan takkan terlupe, untuk sama-sama memeriahkan Saiecho Raya III, yang lebih berkonsepkan kesederhanaan dan santai bergelak sakan, sampai terlupe hari esok.

Tempat tak pasti, tapi yang pastinya, 25 November 2006, Sabtu, bermule jam 830 malam, kita akan melantak sehabis mungkin, biar kite sume terbeluwak, sampai tak ingat dunia, sampai terlupe wujudnya hari esok. Poster? Invitation? Ohh sume tu korang sume tayah risau, sebab promosi akan bermula secara besar-besaran yang sangat hebat mencanak!

Ohh kalau nak aku invite personally thru SMS, maka jangan segan-segan bangsat, untuk email aku kat mukeh[at]yahoo[dot]com ok?? Kalau segan, aku tarak hal, tak amik pedulik sangat pun, tapi tak best la kalau tak datang ye dak?

Haa 25 November tu cam dah 4 Zulkaedah, so jangan nak mengada tak dapat datang sebab ada open house raya lain, sebab aku rasa Saiecho Raya III nih dah cukup saiko dah sebab dibuat selepas raya abis. MUAHAHAHHHAHAHAHAHAH! Ntah-ntah Saiecho Raya IV buat masa raya haji kot? Kan?

So mariiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Care to comment?


Thursday, 12-Oct-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Red Kebaya Preview @ Gin Ger Restaurant

 
 
 
View all 4 photos...
[ visit also : mukeh ]

First of all, segalanya credits untuk L'AGENDA Productions, Kartu-BBB (M) Sdn Bhd & Isma for the invitation. Thanks so much!

kul 630, aku sampai kat Gin Ger Restaurant, sebuah restoran makanan Thai yang diconvert dari sebuah banglo, terletak di Lorong Yap Kwan Seng 1. Ngan disambut penuh meriah Sandra Sodhy, aku dapat rasakan aaa suasana bukak puasa The Red Kebaya nih mesti sangat santai dan melepak yang hebat. HAHAHHAHAHA!

Ngan producer merangkap pahlawan The Red Kebaya, Ramli Hassan, memulekan majlis ngan kata-kata aluan, disusuli ngan preview trailer dan beberape scene dari movie The Red Kebaya, aku cam dapat rasakan aaa, citer nih bakal menarik ramai gile peminat movie Melayu kat KL nih especiallynyer, dan jugak bukan peminat movie Melayu yang angkuh lagi bongkak sombong mengeji citer Melayu tanpa memberi peluang pada diri sendiri untuk menilainya. MUAHAHHAHAHAHAHAH!

Personally bagi aku, ada beberape sebab aku sangat teruja ngan citer nih, teruja bukan sebab aku dijemput ke ape ker, tapi disebabkan:

1. 85% citer nih dalam bahasa Inggeris, ngan subtitle Melayu. Satu-satu nyer filem Malaysia yang menggunakan hampir keseluruhan jalan citer nyer dalam bahasa Inggeris. Pastinya meng up up kan lagi The Red Kebaya ke satu tahap standard yang lebih tinggi.

2. Vanidah Imran. Memang! Memang aku rasa tarikan utama citer nih pun datang dari Vanidah Imran, yang satu ketika dulu memang sangat mengezas menerusi citer Perempuan Melayu Terakhir. Iye la, bile last skali pun kite tengok Vanidah Imran berlakon film sebagai watak utama ye dak? So fans Vanidah Imran memang dah konfem menggelegak pale otak nyer tak sabar-sabar nak layan citer nih, apetah lagi yang memang menunggu-nunggu rindu yang membuak-buak tak lena tido akan kemunculan Vanidah Imran nih dari dulu sehhh. Hehehe!



3. Cinematography yang cun, mood dan feel yang sangat mudah dijiwai. Ngan scene yang digarap penuh teliti, memberi aku satu mood dan feel yang aku susah gile nak explain kat sini doh. Dia nyer mood tu cam bebetul aku rasa cam "Uishhh memang zaman dulu camni sehhh. Damn! Gile kooolll!!" Ha lebih kurang camtu laaaa. Ye la, kekadang kalau kite tengok movie lain tu, ada gak cam "Da hel?? Mane ade camni sehhh, ishh exaggerate lebihhh". Cam "Ehhh mane ade aku zaman universiti dulu ada kawan pompuan yang ikat rambut kiri kanan cam budak tadika nih? Gile tipu aaa weehhh!" Ha camtu la, kiranya feel dia tu tak sampai ke kemuncak. MUAHAHAHHAHAHAHHA!

4. Poster, banting, banner dan segala promotional items yang seharusnya aku kasik kredit yang terbaik untuk Isma. Ok bukan sebab dia tu kawan aku, bukan sebab aku fanat MMU ke atau bukan sebab aku bangga Isma tu junior aku la kan (HAHAHHAHAHAHAH asal buleh nak cakap sume points) tapi memang design dia super kool. Cube bagitau aku, kenape poster design tu tak harus menerime pujian, tul dak? Ada anyone? Tade kan ? Kalau ade pun, aku rasa diorang nih dengki, takpun cam dia takde skill nak buat design yang hebat, sebab tu tak puas ati. Biasa la manusia, sentiasa tak puas ati dan dengki bile diri sendiri tade ape yang orang lain ada. HAHAHAHAHHAHAHA! Ok ok back to the topic, poster tu pun dah cukup buat aku rasa cam "The Red Kebaya? Macam best je citer nihhhh, mesti layan nihhhhh beb". Haa tu baru first impression tu. Belum lagi tengok trailer lagi. Even, ada kawan aku nih, Shahnon name dia, buleh teruja tahun lepas lagi hanya disebabkan poster je. See!!

Maka, mari lah mariiiiiiiii kite semua simpan duit 10 ringgit yang ada, mungkin 50 sen setiap hari, untuk sama-sama kite penuhkan segala seat yang ada, untuk menyapot citer nih ngan penuh sungguh-sungguh. Sebab bagi aku, 4 points kat atas tu memang dah memberi impak yang sangat besar kepada industri film Malaysia yang semakin nak memuncak nih, yang jelas diberi nafas pembaharuan yang sangat berbeza dari zaman kelesuan.

Oh lupe, sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, memang tak salah pun untuk kita sedekah kan sket ape yang kita ada, kepada mereka yang memerlukan. Kat luar sana tu, berlambak lagi anak-anak kecil yang sememangnyer nasib mereka jauh lebih teruk kalau nak compare ngan kita, yang terpakse berjalan kaki merentas desa, hanya untuk sebungkus nasik buat juadah berbuke puasa, tu pun dibawak balik untuk dikongsi bersama adik-beradik yang lain. Tu baru bulan puasa, bayangkan di bulan-bulan yang biasa? Huhuhu!

Tak rugi mana pun, sebab setiap sen yang kita derma, mungkin kita tak nampak balasan nyer skarang, tapi bile kite susah nanti, insya Allah, aku sangat pasti, dan sangat konfiden, Allah pasti akan menyenangkan dan permudahkan urusan kita, hanya kerna keberkatan kita menderma.

Maka, type la sms RA<SPACE>3 takpun RA<SPACE>7 takpun RA<SPACE>10 kepada 32728. 3,7,10 tu represent RM3, RM7 dan RM10.

Visit risingabove.org.my untuk lebih memahami. Selamat!

Care to comment?


Thursday, 14-Sep-2006 03:03 Email | Share | | Bookmark
Tompi Live @ Alexis Bistro Great Eastern Mall

 
 
 
View all 17 photos...
[ visit also : mukeh ]

"Wahhh!! Asyik banget nihhhhhhhh!!" MUAHAHHAHAHAHA! "Suaranyaa granddddd bangettttt sikkkkkkkkkk!" Tu antara jeritan-jeritan si gadis rata-rata dari Indonesia, yang sangat meminati Tompi.

Berbeza masa first show Tompi 20 Mei lalu, pun di tempat yang sama, ngan Tompi tampil ngan imej yang lebih kemas, stylo dan sangat bergaya.

Lagu-lagu yang dipersembahkan (aku tatau nak gune perkataan apa lagi selain 'persembahkan') pun lebih banyak kepada lagu-lagu Jazz, dan lagu-lagu lama, instead of lagu-lagu dia sendiri.



Dayang ngan Adibah Noor antara 2 nama besar Malaysia yang sama-sama membelasah ngan alunan suara yang gile babihhh granddddddddd dohhh! HAHAHHAHAHAHAH!

Bagi aku, memang performance agak best, walaupun lebih kepada konsep untuk 'menghiburkan orang-orang tertentu'.

Pape pun, kepada manusia yang masih lagi tak leh blah nak layan Tompi nih, ape kate korang layan dulu lagu Cinta Yang Kucari nih. Aku rasa sedikit sebanyak leh membantu aaa ke'block'an telinga korang tu kepada lagu-lagu Tompi yang sangat layan, lagi melayani. HAHAHAHAHAHH! Mehhh!!!

Tompi - Cinta Yang Kucari
Meski kusadari cintaku padamu penuh kesalahan
Aku tlah mendua, telah melupakanmu. Abaikan cintamu...
Kuyakin kau tahu akan segalanya

Tiada salah yang telah kau perbuat. Hanya keraguanku,
Apakah kau cinta yang aku tunggu?
Apakah kau rindu dalam mimpiku? Maafkan aku...

Pabila mungkin saat semua berubah
Kuharap rasa sayang itu tetap ada

Dan jangan berakhir cintamu padaku. Sungguh ku tak mau
Kau jauh dariku. Maafkan segala raguku padamu. Kini kusadari.
Cinta yang kucari

. Download Tompi - Cinta Yang Kucari

Pastu ape kate korang layan gak lagu Selalu Denganmu. Hehehe!

. Download Tompi - Selalu Denganmu (ehem ehem, for you!)

bawak2 la update fotopages ni b....dh ketinggalan zaman ni.... Thu 7-Dec-2006 23:00
Posted by:Lyn
tompi dalam bahaso nogori bermakno tapi/tetapi....bondo camni la yg oghang mesia gilo amek tu.... Fri 26-Jan-2007 09:12
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Monday, 11-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Entry di hari Isnin nih sahaja

[ visit also : mukeh ]

Ok, aku cam saje nak test power. Usha gambar nih ngan asyiknyer, tapi kalau tanak asyik pun tape, sebab tak baper diperlukan sangat pun keasyikan korang tu sebenarnyer. Kang tak terbuat keje plak kang. MUAHAHAHHAHAHa! Cume ape yang aku perlukan adalah komen yang best, mahupun tak best. Hu yeah! Tu je, seriyes tu je! Ok mari!



Aku jiwang? Adakah? Adakah aku jiwang? Yah yah aku admit. Alaa bukan selalu pun ye dak? MUAHAHAHHAHA! Ohh sebabnya, aku punya rasa dan hati yang tak perlu diperkatakan. (cewahhh wiwittttttt!!!) Kekadang tidak semua rasa perlu diluahkan, dan adakalanya jua tidak semua rasa perlu diungkapkan. Kan? (seriyes shit aku tak tipu nih, memang ayat agak poyo, tapi aku tak poyo dohhh! eh tapi pedulik aaa!!)

Dan salah satu sebab kenape aku sangat mengadmire, menyayangi dirinya malah lebih dari itu, adalah kerana ketulusan hati dan keindahan attitud dirinya yang buatkan aku rasa sangat senang lagi tidak membebankan. Aku sangat berinspirasi, lagi senang hati tidak menyesakkan kepale otak, untuk membelasah kehidupan yang bakal mendatang tanpa putus.

Lupe plak, bak kata Dewa 19 "Mungkin aku pernah juga merasakan cinta tapi tak pernah seindah ini. Mungkin aku juga pernah merasakan rindu tapi tak pernah sedalam ini" . Sangat setuju! Inilah dia keindahan 'Long Distance Relationship' Heheh!

Mahu lagu itu? Mahu? Mehh download bawah ini! Heheheh!

Dewa 19 - Larut
Mungkin aku pernah juga merasakan cinta
tapi tak pernah seindah ini

Mungkin aku juga pernah merasakan rindu
tapi tak pernah sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah percaya
Bahwa sesungguhnya aku telah terjatuh

Ku akui darahku telah larut
Larut ke dalam darah mu yang ku cintai

. Download Dewa 19 - Larut

Care to comment?


Monday, 4-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
AF4 Wrap Party @ Alexis Bistro Great Eastern Mall

 
 
 
View all 8 photos...
[ visit also : mukeh ]

Party yang tidak menarik langsung. Performance sux gile, pastu crowd pun sangat-sangat sux. Tapi food? Fuhhhhhhhhhhhhhh best nak mampos! MUAHAHAHAHAH!



Dan memang tade nyer kitorang nak bergambar ngan artis yang fanat. Mane yang lalu je kitorang selit tangkap. Tu pun aku tak selit. HAHAHAHHAHA!

Care to comment?


Saturday, 26-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Maliq & D'essentials Live @ Planet Hollywood Kuala Lumpur

 
 
 
View all 10 photos...
[ visit also : mukeh ]

Maliq & D'essentials, satu-satunya grup Indonesia yang sangat dinantikan oleh kebanyakan manusia (aku tak sure ramai yang tau ke tak pasal diorang nih), kerna lagu-lagu nya yang sangat versatile, penuh soul, dan energetic atau bak kata orang-orang Melayu, sangat bertenaga bebbb. MUAHAHAHA!

Showmanship sangat mengagumkan, sampai aku ngan Dira tatau dah ape nak buat ngan kitorang nyer digicam. Abis segala movement, segala angle dah shoot. Aihhh best sangat nih. Bak kate Dira, "I cam nak record semua. Damn best duddd!!!" Kalau buleh, cam nak je layan ngan penuh tarikan yang mengasyikkan, tapi takleh sangat sebab masa tu kul 6 petang lebih, cam tak baper feel sangat la konon-kononnya. (blahhhh!! nak harap feeeelll laa kononnn)

HAHAHAHHAHAHAH! Tapi malangnya, tengah syok-syok melayan amik gambar tu, show pun dah nak abis. Dem laaa!! Asal sekejap sangat dohh? Shit! Tak sempat nak layan keasyikan yang bisa melalaikan minda dan pale otak, tak sempat nak mereleasedkan segala tekanan yang tak seberapa nih. MUAHAHAHAHH!



Ye ye, aku tau, kalau aku bace blog orang panjang-panjang pun, aku cam buleh penat. So ape kate, korang layan lagu "The One" nih, yang sangat membunuh, melalaikan rasa dan hati, juga bisa membuatkan manusia rasa di awangan, mahupun terlena dibuai kerinduan. Layann!! (cam biasa, kalau nak download lagu, klik je kat bawah tu ok?)

The One
Sepenuh rasa aku meninginkanmu
Aku di sini untuk memilikimu
Katakan bila itu bukan mahu mu
Karna ku kini tak dapat berpindah ke hati yang lain

Getaran jiwa mengungkapkan maksudnya
Aku di sini merasakan indahnya
Katakan bila engkau bukan untukku
Karna ku kini tak dapat berpindah ke hati yang lain

Lady I know you're the one for me
Lady you're the one I need
It keeps me going on and on to love you
I give you my soul for you to love to

Lady I know you're the one for me
I know you're the one I need
It keeps me going on and on to love you
I give you my soul for you to love to

Benarkah bila akupun merasakan ada getaran itu
Meskipun ku mengerti engkau di situ masih meragu
Untuk kau buka semua ruang untukku
Namun ku akan setia menanti sehingga kau yakini

Loving you loving you it's all I wanna do
Knowing you loving me its all I want it to
Its all I wanna do..yeah..
Its all wanna do.. uu.. yeah..

Lady I know you're the one for me
Lady you're the one I need
It keeps me going on and on to love you
I give you my soul for you to love to

Lady I know you're the one for me
I know you're the one I need
It keeps me going on and on to love you
I give you my soul for you to love to

Don't you know that you're the one
Girl I wanna be the one
yeah.. your the one

You know you're the real thang
You gots me going on and on
I've got my soul to love you
Can't cha feel da vibe
Would you be a part of my life

. Download Maliq & D'essentials - The One

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.