|
|
| Friday, 18-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
When You Miss Someone
|
|
[ visit also : mukeh ]
Apabila perasaan kangen mahupun kerinduan itu datang menyinggah lalu bermaharajalela dengan keindahan dan bukannya suatu penyeksaan, yang lahir dari dasar hati, maka berlaku lah suatu pengeditan gambar yang tidak seberape ekstrim, tapi agak nice gak aa! HAHAHHAHAAH!
Sesungguhnya, setiap kerinduan itu ada keindahannya. Dan setiap keindahan itu pasti ditemani dengan keceriaan yang tidak berkesudahan.
Pabila keceriaan sentiasa hadir, maka kehidupan itu lebih bererti. Erti yang tidak dapat dinilai dengan apa jua keadaan.
Walau warna apa sekalipun keadaan itu tercipta, you really have to know, how much you mean to me.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Showcase Khas Baladewa @ Planet Hollywood
|
|
[ visit also : mukeh ]
Seperti biasa, kredits kepada pemberi pass utama, Nuat. Tanpa dirimu yang sangat perkasa lagi gagah, pasti diriku tidak punya upaya untuk melayan kenikmatan lagu cinta agung. HAHAHAHHAHA poyo!
Aku ngan Alifa sampai-sampai je, cam ada satu line yang sederhana panjang. Tapi bile masuk je kat dalam tu, perghhhhhhhh cam suntat bana nyer penuh. Kalah naik bas mini warna kuning zaman-zaman remaja dulu. MUAHAHAHHAHAHAH!
Dewa agak lemau sket start, lebih kurang dalam kul 1045-1100 malam camtu. Lagu Pangeran Cinta cam biasa menjadi pembuka Showcase yang serba padat nih. Manusia mula melonjak ngan lebih hebat, tapi disebabkan himpitan yang sangat melemaskan, so lonjakan tu cam lek lek abah je, tade la sampai cam gegar Planet Hollywood tu.
Rakan-rakanku haram jadah!! Sume datang awal. Demmitt!! Sume cam dapat diri depan stage. Aku ngan fizikal yang sangat limited, hanya mampu memanjangkan leher sambil tengok Dewa perform di celah-celah kepale manusia. HAHAHAHAHAH stress amattt!!
Tapi sebbaik cam sound dia cam ok, walaupun tak sehebat di Stadium Merdeka.
Emotional Love Song menjadi lagu kedua, diikuti ngan lagu dari album Laskar Cinta, Satu. Rata-rata sume manusia yang hadir sememangnya mempunyai semangat baladewa yang takleh ditandingi. MUAHAHAHHAHAH! Sume lagu leh layan nihh, siap leh nyanyi ngan penuh gegak gempita. HAHAHAHAHA poyo sial! Tapi aku pun cam impress gak aaa, rerupenyer ramai gak baladewa kat Malaysia nih, kalau nak compare masa first konsert kat Stadium Malawati Shah Alam 4 tahun lepas. HAHAHHAHA!
I Want To Break Free, cam tak perlu dipersoalkan, sememangnyer membakar segala lemak berlebihan yang ada, untuk sama-sama nyanyi ngan Once, sambil kaki melonjak, tangan dihayun-hayun sampai leh tercabut doh.
Cinta Gila menyusul, diikuti ngan lagu Dua Sedjoli ngan Kosong. Lagu medley yang terdiri dari Kasidah Cinta, Risalah Hati, dan Cintakan Membawamu Kembali, sangat menyentap sialll. Sedap bangettttttttt nih suara Once. Demmit tul laaa! Sangat woo woo wooo!! Tak tau camne nak describe dah.
Lagu Arjuna, yang menjadi lagu wajib di setiap konsert Dewa kecuali semalam, pun berjaya membuatkan crowd begitu histeria dan menggelincirkan segala isi otak. Pastu per lagiiii, lagu membunuh jiwa, Larut, menyusul ngan sangat sempurna. Bisa membuatkan couple yang sedang hangat bercinta untuk terus berasa lebih emosi dan jiwang habis. MUAHAHHAHAHAAHHA termasuk la aku. Hu yeah!
Lagu favorite aku, juga lagu kegilaan Alifa, Sedang Ingin Bercinta, arghhhhhhh sangat sentap sialll. Aku paling suke bile verse dia cam selalu berubah-ubah tu. Dem!! Sungguh inteligennnn ini lagu. MUAHAHAHHA!
Kedengaran jeritan gegak gempita 'MAWIIIII' bile Dewa bawak lagu Pupus. Sangat pathetic manusia itu! Apekah Mawi? MUAHAHAHHAHA! Tak logik dohhh, apekah Mawi harus berduet ngan Dewa di Showcase Khas Baladewa nih? Aiyarkkk!! Cukup-cukup laa di Muzik Ria je diorang duet. Tu pun aku cam perghh sedap gak suara Mawi nih. HAHAHHAHA!
Sebelum lagu Pupus yang menjadi kegilaan dan lagu wajib Dewa di mana-mana sahaja tu, lagu Separuh Nafas pun tak kurang hebat nyer beb. Lagu nih aku rasa cam sangat layan siall. Arghhh susah la nak cakap. Memang sume lagu Dewa best dilayan kot. MUAHAHAHAHAHAH!
Cam biasa, lepas lagu Pupus, lagu Laskar Cinta menjadi penutup Showcase Khas Baladewa. Message yang sangat bernas oleh Dhani "Lagu ini khas buat saudara-saudara Musliminku (mase nih crowd cam woooooooooooooo!!!!! tepuk tepuk tepuk!!), buat saudara-saudara Nasraniku (crowd cam sentapp! Apekahhh??), buat saudara-saudara Yahudiku (sekali lagi crowd camm wooo? woo???), buat saudara-saudara Hindu, Buddha (ok crowd cam dah paham sebenarnyer lagu nih untuk sume), Jawa, dan sume saudara-saudaraku yang berpegang kepada kepercayaan tuhan" Yahhh!! Itu diaa! Maka jangan lah kita ada perasaan benci yang mendalam. Apetah lagi perasaan dengki dan tak senang hati.
Konsert pertama pada tahun 2003 di Stadium Malawati Shah Alam hanya mampu menarik sket gile babih manusia, ngan harga tiket semahal RM100. Konsert kedua di KL Tower 2005, bisa dicemuh ngan sangat hebat dan keji, memandangkan venue dan skrin yang kurang sesuai dan praktikal. Konsert ketiga, 15 April 2006 di Stadium Merdeka, menyaksikan berganda-ganda manusia memenuhi segenap persegi rumput yang ada dengan baju yang basah kuyup dan sejuk. Dan yang terlatest, 16 April 2006 di Planet Hollywood, menjadi saksi betapa Dewa semakin berkuasa di kalangan peminat muzik Indonesia.
Pastinya esok di Astro untuk Dari Studio 1, merupakan persembahan kelima Dewa di Malaysia, dan hari ketiga berturut-turut secara live. Perghhhhhh!! Gile!
* fuhhhhh!! Weekend yang memenatkan!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Konsert Pesta Malam Indonesia @ Stadium Merdeka
|
|
[ visit also : mukeh ]
*Entry nih panjang, hanya sesuai dibaca untuk mereka yang sangat meminati muzik Indonesia secara total, juga sangat sesuai untuk mereka yang punya waktu yang sangat membusankan tatau nak buat ape*
Ape aku nak pakai nih sial? 8 jam lame nak mampos nih. Mau mati kekejangan di kepanasan hari yang terik. MUAHAHHAHAHAHAHA berpujangga la pulakkk! Ngan kasut lek lek abah bersporty, ngan shirt Awana putih yang lame tak pakai, ngan jeans biru yang pasti agak sesak sket untuk lompat-lompat (sebabnyer aku tade short nak layan. Demmit la!), aku pun gerak la ke Stadium Merdeka dalam kul 3 petang camtu dengan free pass dari Nuat yang berjiwa pekerti mulia. MUAHAHAHHAHAHAH kipasss!!! Memule ingat nak bawak la konon baju spare, kot kot laaa hujan lebat ke kan, tapi arghh mampos la. Leceh siall! Tak hujan kott.
Sampai-sampai je, wahlauuuuuuuuuuuuuu!!!! Apekahhhhh keadaan iniiii wehhh?? Kenape cam aku tetibe terasa aku letihhh? Kenape cam aku tetibe terasa cam baru sampai dari seberang? Kenape aku cam terasa di negara Indonesia nih? MUAHAHAHHAHAHAH! Penuhhhh!! Sesakkk!!!! Segalanyer crowdeddd ngan manusia berambut panjanggg, berlengan urat, berjeans ketat yang koyak-koyak, dan bersleeveless walaupun mereka itu lelaki. Yahhhhh pasti mereka ini Indonesian yang gigih berburuh kasar di sini. Dem!
Nak masuk je dah amik masa sejam. Sesak gile wehh entrance RM80. Padahal entrance RM60 ngan entrance RM50 cam lek lek abah je. Tak sesak langsung. Memang gile babihhh nih. Sah-sah rakyat jelata Indonesia nih sudah lama mengidamkan saat-saat kebesaran konsert sebegini di negara diorang, tapi berlangsung kat Malaysia. Tape, layan je.
Ada Band yang first opening. Tapi aku masuk-masuk je, Ada Band nyer konsert dah abis. So cam lek lek dulu, usha-usha keadaan stadium yang agak sesak di kiri kanan, depan belakang. Segalanyer dimonopoli oleh kelompok Indonesia yang semangat membawa sepanduk yang ntahapehapentah maksud dia. MUAHAHAHHAHAH!
Ungu menyusul ngan penuh semangat lagi bertenaga, menerusi lagu Karena Dia Kamu, antara hits yang paling mengganas dalam album Tempat Terindah. Diikuti dengan 5 lagu seterusnya dari album Melayang cam Berikan Aku Cinta, Tak Perlu, Seperti Yang Dulu, Demi Waktu (lagu nih dah banyak kali keluar kat radio Hot.fm) dan Melayang. Masa Ungu perform nih, konsentrasi terganggu kejap sebab bebudak Indonesia yang berambut panjang, berjiwa rock, dan bersleeveless walaupun mereka itu lelaki, yang agak kecoh sket. Biasa laa, bila dah duduk kat seat yang murah, pastu hanya dipisahkan oleh pagar, ngan dijaga oleh hanya beberapa ketul je pasukan Rela, memang konfem kecoh dah havoc punye lah kan. Diorang provok cam celake, buat gaya cam terkinja-kinja ngan muka yang separuh siap lagi sangat menyakitkan hati, memang patut la diorang nih dibelasah ngan belantan serta dicampakkan air yang penuh berasid lagi beralkali. Malangnya, pasukan Rela sangat la bersabar dan berbudi pekerti. MUAHAHAHHAHAHAH!
Cokelat terus mengezassss ngan lagu hits diorang yang tak terhandle, Luka Lama. Tapi cam suara Kikan agak tak best. Nak kata sound system sux, aku rasa masa Ungu nyanyi tadi cam best je sound, sume perfect. Bile Kikan nyanyi je, ada suara tenggelam timbul laaa, pastu cam agak pecah sket la, cam tak clear la. Aku rasa memang Kikan nyer suara tak berada di puncak kot. MUAHAHAHHAHAHAH! Lagu Pergi menghangatkan lagi crowd, diikuti ngan lagu medley yang terdiri dari lagu Kupilih Dia, Jauh ngan Saat Jarak Memisahkan. Crowd cam tak sabar-sabar nak dengar lagu yang lagi membakarrrrr meruntunnn jiwaaaaaaa membaraaaaaa!!! Lagu Benderaaa!!!! Hu yeahh!! Opsss sebenarnyer lagu Bendera tu memang pasal Indonesia la kan, tapi lagu tu sedap sialll, cannot help it laaa. HAHHAHAHAHAHHA! Lagu Bendera susuli kemudiannya diikuti dengan lagu Terlalu Indah, lagu latest dalam album The Best of Cokelat. Mase nih, crowd dah mula merempuh ngan penuh ganas melepasi pasukan Rela yang beberapa ketulan ituu, tak pepesal crowd jadi makin sesak, pastu crowd belakang yang RM60 nyer pun cam mengalami kejutan adrenalin rush yang sangat babih, sampai pagar jahanam, terus merempuh masuk ibarat cacing kepanasan, menggelupur tak tentu pasal. Yeahhhhhhhhh!!! Ini baru namanyaa Pestaaa!! MUAHAHAHAHHAHA! Lagu Karma membuatkan crowd menjadi lebih gila, apetah lagi selepas tu lagu ke-9 diorang, Segitiga mengakhiri konsert Cokelat petang itu ngan semangat yang semakin membakar isi pale otak. MUAHAHAHHAHAH!
Yahhhhhhhh!!! Band yang pasti ditungguuu!!! Padiii!!! Huu yeahhhhhhhhh!!!!
Prologue, lagu latest dari album Padi, membuka persembahan Padi petang yang serba mendung, ngan pekikan dan nyanyian dari segala crowd yang ada. WARGHHHHHH!!! Best banget nihh siallll!! Arghh camne nih camneee? Fakk!! Rasa cam nak lompat tinggi gile babih sambil terajang, tapi aku cam kecik lagi pendek. Dem la! Nih la dia kekurangan manusia kerdil pabila berada di crowd manusia yang ramai ratusan ribu. Lagu Hitam menyusul, diikuti lagu Mahadewi, dengan Ternyata Cinta, juga lagu latest dalam album Padi, mengakhiri satu sesi Padi, sebelum Rossa, isteri kepada Yoyo, dijemput naik untuk berduet dengan Piyu, untuk lagu Kasih Tak Sampai.
Demm!! Betul kate Affen "Aku dah rasa hujan sket-sket dah nih, kalau hujan lebat masa lagu Kasih Tak Sampai memang layan sialll" ngan muka seronok tersenyum tersengih yang tak tercover. MUAHAHHAHAHAH! Yahhh betulllll!! Elok-elok je lagu tu nak abis, hujan mencanak lebat tak hingat nyer. MUAHAHAHHAHAHAH per lagiiiiiiiii!!! Larian pecut diteruskannnn demi mencari teduhannn yang tidak pasti. HAHAHHAHAHAHAHHAH!
Sape yang berbaju putih cam aku nih, konfemmmmmm seksiii. Fak la! Demm!! Nyesal plakkkk. Ciss! Terpakse la kempiskan perut sepanjang masa, sambil tarik sket baju ke depan supaye tak nampak sangat nipple. HAHAHHAHAHAHAH kang tak fokus plak konsert nanti. HAHAHHAHA!
Sejam kemudian, Padi muncul balik ngan lagu Bayangkanlah, Menanti Sebuah Jawaban, dan diakhiri dengan penuh best dan nikmat, lagu Sobat.
Ngan Ungu 6 lagu, Cokelat 9 lagu, Padi 8 lagu, Gigi mesti cam 10 lagu ye dak?
Gigi pun masuk ngan semangat tenaga yang sangat menggila, terutamanya vokalis, Armand Maulana yang memang terkenal ngan showmanship yang mengancam hormon menggelupur.
Gigi opening ngan multimedia presentation yang sangat menarik, disusuli ngan lagu Pendamaian dari album Raihlah Kemenangan Repackage. Jomblo, Bisa Saja, Kepastian Yang Kutunggu, dan Kembali Terjaga menampilkan showmanship Armand Maulana yang sangat power, sangat entertain, sangat sangat sangatt.. arghh sangattt best laa. Susah dohh nak cakap. Dia cam pandai gila attract crowd, ngan kata-kata dia yang penuh berapi tu, pastu ngan keghairahan ekstrem dia perform tu, memang menghidupkan suasana yang memang dah lame hidup dah nih. MUAHAHAHAHHA! Lagu Andai menjadi lagu ketujuh Gigi malam tu, antara lagu tergempak Gigi. Lagu Andai nih memang lagu kebesaran Gigi la senang citer. HAHAHAHAH! Lagu Terbang pun bisa mengkinja-kinjakan crowd ngan penuh gembira, sebelum diakhiri dengan lagu Janji. Teringat plak masa Gigi nyer konsert kat Menara PGRM. Perghh masyuk sial!
At last, band yang dinanti seluruh manusia di Lapangan Merdeka (cewahhh cakap Indon kejap), Dewa muncull ngan lagu Pangeran Cinta, menggegar seluruh stadium, wahlauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Wohooooo!! Lagu yangg bisa mem'banging'kan segala kepala!!! "Musim-musimm punnn terus bergantiii!!! Takkan ada yang abadiiii!! Takkan ada yang kekalllll!!!! SEMUA INIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!! PASTI AKAN MUSNAHHHHHHH!!!! TETAPI TIDAKKKKKKK!!!! CINTAAA KU PADA MUU!! KARENA AKUUUU!!! SANG PANGERAN CINTAAAAA!!" Bangingg bangingg!! Pecah kepaleee!!!
Dewa terus tak kasik chance, ngan lagu Cinta Gila dan Dua Sejoli, sebelum crowd diperformedkan ngan lagu berentak slow, Emotional Love Song. Pastu terus berentak pantassss mencanak, I Want To Break Free.
Audy muncul berduet ngan Dhani menerusi lagu slow lagi berhantu masyuk, Kasidah Cinta, sebelum nyanyi secara solo lagu Satu Hati, lagu dari album Terbaik Terbaik. Once kembali membelasah crowd ngan lagu Angin, Manusia Biasa, Sayap-Sayap Patah, Mistikus Cinta, dan Siti Nurbaya. Perghh penat sialll!! Padahal baru 10 lagu. Demm!!
Ari Lasso masuk, kasik rest sket segala pale otak crowd yang ada, ngan lagu penuh sayu, emosi dan masyuk lagi bersuara lunak dari album Keseimbangan, lagu Hampa. Haa lepas tu Ari Lasso terus lenjan ngan lagu Elang, yang pasti mengembalikan kenangan Dewa 19 di kala album The Best of Dewa 19 tengah mencanak meletup, sebelum diakhiri dengan lagu penuh jiwang meruntun jiwa, Kangen.
Sebaik je Ari Lasso abis, Ratu (bekas back up singer Dewa suatu ketika dulu) menggegar crowd ngan lagu Aku Baik Baik Aja. Mulan nih kan, dia cam nampak ghairah jee atas stage. HAHAHAHHAHAHA! Tapi Maia, isteri Dhani tu cam lek lek abah je main keyboard, cam malu-malu plak. Takpun dia nervous kot, sebab iye la kan, first time konsert besar kat Malaysia dohhh!! Ratu teruskan ngan lagu penuh menyentap jiwa ngan suara lunak Mulan, Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu, sebelum diakhiri dengan gandingan Dewa menerusi lagu Teman Tapi Mesra.
Lagu Cinta menyusul selepas tu, gandingan dari suara Once, Ari Lasso, Ratu, juga Audy diiringi dengan Dewa.
Separuh Nafas, menciterkan pasal kehebatan cinta menerusi soul, membakar dan memanaskan kesejukan manusia yang memang dah basah kuyup gile babih masa hujan lebat tadi. Sedang Ingin Bercinta dari album Republik Cinta, kombinasi rock, ada sket unsur rnb juga dandut, memang jadi favorite aku yang memang aku tak tahan dah nak layan, sebelum lagu Pupus menyusul, yang dipopularkan secara gila oleh Mawi kat Malaysia nih, bisa menggamatkan crowd yang rata-rata memang tau keseluruhan lirik lagu nih. Laskar Cinta, hits yang menyatukan semua bangsa, mengakhiri konsert Pesta Malam Indonesia 2006 pada kul 1150 malam.
Padang terbahagi dua, satu becak nak mampos, satu lagi cam lek lek abah je terjaga ngan penuh rapi. Pasti konsert ini menjadi salah satu konsert paling berjaya pada tahun nih, walaupun ada orang kate, konsert Peterpan di hari pertama 2006 lebih ramai kalau nak compare ngan konsert yang ini.
Apa-apa pun, yang pasti, organizer seharusnya lebih alert dan concern untuk handle part sekuriti lebih-lebih lagi konsert yang melibatkan band-band dari Indonesia. Sebab diorang nihhh memang semangat yang ekstrem bebbb!!!! AHHAHAHA!
Tapi bile plak band-band besar Malaysia nak buat konsert yang macam ni? Tak teringin ke?
* million thanks to ND, di atas kesudian penuh ikhlas memberi permisi menggunakan gambar yang dia tangkap, under Fotopages Malaysia Digital Community (FMDC). Moga lebih kencang di kala muka yang mendatang. Cewahhh!!!!
* Dem! Aku tension gila sebab aku tak bawak digicam. Aiyarkk! Err gambar akan diupdate di fotopages di lain masa yang terluang.
[ photo credits to : ND ]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Feb-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ABP Berita Harian 2005 @ Arena of Stars Genting Highlands
|
|
[ visit also : mukeh ]
Tak best dan boring, melainkan performance by Anita Sarawak. World class tak hingat dunia nyer. Memang diva gile babih. Terus cam malam tu tetibe jadi havoc, rancak dan bersemangat hebat. Caya lah! Lelain tu cam biasa je, tade kelainan, dan sangat biasa, yang buleh baca-baca buku program sambil dengar-dengar yang santai.
Sume pemenang cam dah buleh agak, kalau crowd jerit-jerit tak hingat dunia tu, maksudnyer memang menang la tu, konfemm!! MUAHAHAHHAHA mudah gile sial. Tapi kan, aku kekadang terpikir gak, diorang yang menang nih bebetul nangis ke atau menggunekan skill lakonan yang ada untuk menangis? Demmit!
Tapi yang tak bestnyer, bile dah abis je menda alah nih sume, ngan sepantas kilat jugak lah artis-artis sume hilang, melainkan Ahmad Nawab yang stay lama gile kat situ walaupun hall hampir kosong.
Tak meriah, sama cam tahun-tahun lepas gak. Audience yang datang terpakse cam kecikkan mata, zoom kan kamera, semata-mata nak tengok performance sume-sume. Sebabnyer skrin besar kat dalam hall tu hanya sekadar perhiasan semata-mata. Hampass!
[ photo credits to : Amiu ]
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Feb-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puteri Gunung Ledang The Musical @ Istana Budaya Kuala Lumpur
|
|
[ visit also : mukeh ]
Warghhhhhhhhh!!!!! Kalau aku kaya dan berduit sakan, memang aku nak beli tiket hari-hari, nak merasa segala seat yang ada sambil dibuai perasaan yang aku sendiri pun tatau camne nak describe sehhh. Even aku tak kesah langsung pun nak bayar 70 ringgit ke semata-mata duduk kat tangga-tangga takpun berdiri bersandar kat dinding. I dun care. MUAHAHHAHAHAHHA! (penat gak wehhh kalau berdiri je. Lame gileeeeeeee tuu, cam buleh patah berderai kepala lutut)
Seriyeas shit! Aku cam terkasima, fokus tak berkelip, impressed tahap kejang peha, speechless, terbeliak mata, berdebar, dan segala emosi riang ria ceria mengagumkan sume ada. Best sangat siallllllll!! Cam, wahhhhhhhhhhhhhhhhh, aku tatau nak cakap camne nihh. Seriyessss!!
Yang aku pasti dan sangat pasti, aku suke gile adunan lagu yang sangat mantap, meremangkan bulu roma telinga aku, meruntun-runtun jiwa ngan suara si Hang Tuah dan Gusti Puteri. Cam buleh stress dohhh. Stress sebab "Kenape sedap sangat korang nyanyi live nih wehhhhhh!!!!" Cam buleh golek-golek kat atas tangga sebab disentap jiwa yang di awang-awangan. MUAHAHHAHAHAHHAHAH! Aku cam sangat pelik, cam cam cam, cammm ape aa? Cammmm sangattt tak paham, kenapeeeee diorang buleh buat lagu yang sangat hebat nih? Hebat dari segi irama dan lirik tu memang pasti la beb, nih stok yang berjaya menyampaikan emosi nihhh. Kalau scene tu cam gembira melompat lompat, so lagu dia pun cam buleh buatkan korang rasa cam riang ria gembira gegak gempita. Kalau cam lagu konfius, korang cam memang dapat feel konfius yang hebat, cam "Ehh kenape camni? Kenape?". Haa camtu la. Menda tu aku pelik, pelik sebab ada manusia sebegitu kat Malaysia nih yang sangat hebat, aku rasa Roslan Aziz patut diberi pujian yang melambung lambung hebat. Cool laa weh Roslan!
Props! Yahh propss!! Aku sangat suke propsss siall! Sangat teliti, teratur dan kemasssssssssss gile babihhhhhhh!!! Tak pening, tak rasa cam terganggu. Sume sangat details. ARGHHHHHHHHH!!!! Aku cam buleh jatuh cinta ngan stage dan props semata-mata. Walaupun props dia cam sangat simple, tapiii memang tepat nak mampos. Lek lek je props tu leh tukar jadi istana, pastu leh tukar jadi gunung, leh tukar jadi ape-ape lagi aaa, yang aku rasa antara props yang tergenius penah aku nampak aaa.
Lakonan aku tanak cakap banyak. Memang takleh nak handle sial. Pedulikkan keupayaan Stephen Rahman-Hughes yang tak reti cakap Melayu sebelum nih, pedulikkan sume tu. Memang sebelum nih aku selalu diprovokasi ngan kata-kata cam "Hang Tuah cam tak reti sangat cakap Melayu, sangkut-sangkut". Tapi cube kalau awal-awal orang cam cakap "Hang Tuah dibawa oleh Abdul Mutalib". Mesti orang takkan persoalkan sangat walaupun cakap Melayu tunggang terbalik. Disebabkan nama dia Stephen Rahman-Hughes, so setiap menda yang dia cakap, orang akan dengar pastu cam kantoi kalau dia buat silap. Tapi bagi aku, sume ok. Aku tarak hal nyer, aku rasa dia cam sangat hebat aaaa, sangat berjaya dalam PGL The Musical nih.
AC Mizal, memang aku tak expect dohh. Babih laaa!! Camne dari salah sorang penyanyi rap lagu Fiona (MUAHAHHAHAHAHAAH) buleh terjebak ngan sangat gemilang dalam lakonan teater nih? Shit laaa. Hebat gile stok cam buleh kasik tabik hormat sial. Dia nyer karekter dalam PGL The Musical nih cam sangat strong, mantap dan jitu nak mampos. Gerak langkah, lenggok-lenggok sume, pastu ngan vokal dia mase nyanyi-nyanyi, memang sangat ok. Aku sebelum nih pun dah rasa dah AC Mizal leh bawak watak Gusti Adipati tu ngan mantap, tapi tade la sampai gile babih mantap terbeluwak camni. Aku nak je salam AC Mizal tu, pastu nak je request dia buat intro telefon lagu Fiona tu, tapi cam sebab ramai sangat orang-orang yang aku kira cam bukan crowd masyarakat biasa, so aku cam bantutkan je hasrat.
Tiara, fuhhhhhhhhhhhh sedap nyer suara dia wehhhhhhhhhh!!!! Arghhhhhhhhh!!! Dah la rebel gile, pastu cam suara sedap. Tapi dia cam tade pulak nari-nari stylo cam abang dia Gusti Adipati tu. Dia cam jalan-jalan biasa je, tade pun style wayang-wayang kulit tu except bile menari-nari la. Tapi pedulik ape ye dak? Jenuh la kalau nak berwayang kulit sepanjang masa. Aku suke gile bile part dia cam bersedih luka lara, pastu ada alunan kain rentang putih, menggambarkan suasana di tepi sungai. Fuhh mantap gile aaa. Pastu datang plak dayang-dayang yang jadi tukang dayung tu. Wahlauu!! Pastu transition dari sedih nak ke belayar tu cam kool gile dohh. Tu belum amik kira lagi kain rentang besar yang nampak gunung sayup-sayup kat belakang tu, cam leh rasa yang Tiara cam jauh gile kat belakang. Padahal cam dekat gile je.
Adlin, haaa pun cam sempoi gile. Aku cam suke gile part dia gembira suka hati bile nak kawin ngan Puteri tu. HAHAHAHAHHAAH kool gile sial dia menari. Babih laaa! Seriyes la weh Adlin, ko memang talented gile babih sial. HAHAHHAHAHAH! Kata-kata dia cam 'Kalau dah meminta, di mana letaknya makna Sultan'. Haaa lebih kurang camtu la, wahhhhh mendalam tuuu! HAHAHHAHAH!
Megat, satu-satunyer kawan aku yang terlibat dalam teater nih, pun cam mengimpressedkan aku. Walaupun karekter dia cam kelakar yang membunuh tak sanggup nak tengok, tapi aku rasa bukan senang sial. Mesti amik masa yang lama. Bile dah amik masa lame tu, konfem stress nyer pun lama tak hingatnyer. Congrats Megat, ko memang bebetul leh pegi lebih lagi Insya Allah.
Makanannn!!! Yahhh makanannn!!! Nih aku rasa tade dalam memane review. MUAHAHAHHAHAHA! Nugget dia aku suke wehhhhhhhhh!!! MUAHAHAHHA sedap gileeeeeeeee!! Pastu ngan nescafe panas menggelegak tu memang sesuai aaa untuk mengfreshkan manusia-manusia kat situ, supaya cam buleh sambung layan lagi sejam. HAHAHAHHAHAHAAHAH!
Secara keseluruhannya, aku setuju aaa sape-sape yang tak dapat tengok tu sepatutnyer rasa terkilan, down, dan kecewa mampos. Lagi-lagi manusia yang dikanselkan tiket free, takpun cam dah terlewat untuk beli tiket. Tu laaa, lain kali jangan amalkan last minit nih, tak besttt sebenarnyer, berisiko tinggi plak tu. (Cehhh cakap orang, dah dapat tengok, buleh aaa cakappp camtuu!!! MUAHAHAHHAHAHAH!)
Congrats to all PGL The Musical production. Superbbbbbbbbbbbbb!!!!!
[ photo credits to : Amiu ]
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Feb-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Macam-Macam Aznil @ Petaling Jaya
|
|
[ visit also : mukeh ]
Senang citer camni la, kalau korang rasa cam duit tu penting gile babih, cam tade kasih sayang pun tarak hal nyer, korang rasa cam betul ker? Ker korang rasa cam "Alaaaa, kalau duit tade, miskin papa kedana sume, camne nak kawin dohhh? Takkan nak hutang? Alaa downn nyerrr!! Camne nak beli makanan? Camne nak beli rumah bla bla bla sume?" ye dak? Ke korang rasa cam "Alaaa mampos aaa, aku tak pedulik sume-sume nih, kalau ade memane pun tarak hal?" Ker camne?
MUAHAHAHHAHAHAH! Tu la sebenarnyer salah satu topik yang cube dihavockan oleh Aznil dalam Macam-Macam Aznil episod paling last skali, ngan artis jemputan Misha Omar & Azan Ruffedge. Misha Omar ngan Azan Ruffedge forever la cakap kasih sayang sume penting pejadah sume, stok yang cam "Tapeee, kalau kasih sayang tu cam power gileee, tarak hal nyer miskin, mesti paham nyer betapa struggle nyer nak carik duit". Tapi si Aznil plak tak abis-abis cam "ARGHHH pedulik apeeee aku ngan kasih sayang, duit lagi pentinggggg huriahhhhhhhh!!!" MUAHAHAHHAHAHH! Err dialog tu aku exaggerate je, bukan exactly camtu la kan.
Tapi personally, aku cam rasa skarang nih duit adalah segalanyer beb. Seriyes la kan aku rasa camtu. Sebab kekadang tu, ko tade duit, ko tak dapat ape yang ko nak, terpakse la berduka pilu lara. MUAHAHAHHAHAHHA! Tapi kalau ko ade duit, camm haa petik jeee, sini datang, sane datang. Takpun, kalau korang baik berbudi bahasa yang hebat, berpersonaliti mengagumkan, ngan karier yang mantap dan berduit, pun leh menjaminkan lagi kasih sayang yang berterusan. HEHEHEHEHEH!
Tengok pada keadaan individu tu camne la sebenarnyer kan, kalau dah awal-awal dah treat cara mewah kaw kaw nyer, cam "Ape saje untuk mu, kamu nak itukah? Amik lah ye. Nak itu plak ke? Haa amik la tapeeee, segalanyee", ha bersedia lah untuk menerima cara susah di kemudian hari. Kalau treat ngan kasih sayang dan tak dimanjakan ngan duit, haaa tu memang akan jadi terbaik punye la. Cewahhh!!
Tapi aku rasa baik korang layan je episod akhir Macam-Macam Aznil tu. Kalau tatau mase bile nyer episod last nyer tu, ok korang carik yang ada Misha Omar ngan Azan Ruffedge sebagai guest artist. MUAHAHAHHAHA!
* tapi aku seriyes horror takut-takut kalau masuk tv ke, hampas tul aaa! Tapi dah tak terkawal dah bile dah sejam recording, sebab kelakar nak mampos cam celake. Babih laaaaaa!!!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buli Balik Sneak Preview @ TGV One Utama
|
|
[ visit also : mukeh ]
Ade beberapa sebab kenape Buli Balik kene, mesti dan wajib tengok. Nih dari ape yang aku rasa, sebagai viewer yang paling minimal pengetahuannya pasal industri perfileman. HAHAHAHAHHAHA poyo sket. Sket je beb. Ok meh usha:
1. Kalau korang suke citer Buli, korang mesti lebih suke citer Buli Balik nih sampai rasa nak belasah Afdlin dan sume manusia yang gemuk di dunia nih sebab sangat inferior dan paranoid ngan keadaan sekeliling dan segala jenis manusia. MUAHAHAHAHHAHAHAHAH! Sebab aku rasa, cam kenape laaa wehhh korang nih rasa camtu skali, lek lek kkool laaa seh, tak perlu la paranoid cam haram. HAHAHAHHAHAHAHA! Keadaan yang paranoid tahap kronik tu cam sangat kelakar, ibarat cam korang jalan-jalan di satu crowd yang sangat ramai jejaka dan gadis jelita, pastu tak semena-mena ade orang usha seluar korang "Apehal diorang nih stare aku cam haram nih, suar aku cam ade tompok-tompok mani ke nih?". Padahal sebenarnyer bontot korang cam hot. HAHAHHAHAHA haa lebih kurang camtu la, paham dak? Dia rasa yang tak best je, padahal orang rasa cam best gile babih dah tu. Haaa camtu la keadaannyer karekter Nordin dalam citer Buli Balik nih.
2. Kalau korang sangat suke ekspresi dan memek muke manusia, aku rasa citer nih memang korang takleh miss bulan nih, dan bulan depan gak. Maksudnyer korang cam kene tengok banyak-banyak kali. MUAHAHAHAHHAHA! Seriyes wehhh!! Bile part ekspresi muka tu, aku cam buleh gelak guling-guling tak hingatnyer, tapi disebabkan majoriti manusia dalam wayang tu cam gelak dekah-dekah je, so aku pun cam tanak aaa buat aksi gelak guling-guling yang konfem orang sebelah aku leh cakap yang aku over gile. MUAHAHAHHAHAH! Tapi aku tak exaggerate nih beb, citer nih memang expression muka dia cam haram, sangat kelakar, dan feel gile tak hingat, terutamanya bile rasa marah dan tension yang amat sangat. Korang kene alert sepanjang masa, sebab aku ade perasan watak extra lelaki dalam citer tu yang gelak dekah-dekah tak hingatnyer, ngan expression muka struggle kemut-kemut tahan gelak, Macam harammmmmmmmmm!!!!! Try aaa tengok, mamat tu pakai baju merah, posisi dia cam sebelah kanan skrin, mase tu scene Sharifah Shahira yang kuar. Alert ok?
3. Kalau korang rasa cam dah lame gile babih tak tengok si Aziz M Osman berlakon sebagai pelakon, bukannyer merangkap sebagai seorang director, aku rasa nih la citer pertama tahun nih yang menampilkan Aziz M Osman sebagai pelakon tambahan secara total. MUAHAHAHHAHAHAH biasanya dia sebagai director cum pelakon tambahan, ye dak? Mane la tau kot-kot korang rasa cam miss ke nak tengok Aziz M Osman berlakon ke kan. Ade gak pelakon-pelakon lain yang korang rasa cam bile dia kuar je, walaupun dalam beberapa scene dan minit je, memang gile babih strong tak hingatnyer, cam Adlin. Buleh rasa cam nak sepak sial. Nasha Aziz tu perghhh, citer Buli pun cam hot gak, citer Buli Balik cam hot-hot ayu je. HAHAHHAHA! Errr bile agak-agaknya Yusof Haslam plak nak jadi pelakon extra eh? *wink wink*
4. Kalau sebelum nih korang selalu disogokkan watak macho, ganas dan hero superkacak Hans Isaac, ini lah masanya untuk korang nak tengok Hans Isaac berlakon dan menjiwai watak yang tak pernah takpun jarang korang layan sebelum nih. Mesti korang rasa cam "Hebat gak sebenarnyer Hans Isaac nih bawak watak camni" dalam hati tersemat rasa kagum. HAHAHAHHAHAAH takpun korang cam terputus beberapa urat perut yang kecik-kecik tu disebabkan aksi-aksi Patrcik Teoh yang kiut tak disangka-sangka. HAHAHAHHAHAHAHAHHA!
5. Kalau korang cam dah jemu ngan kesah-kesah cinta Melayu, ok jangan risau sangat beb. Sebab Buli Balik nih tade la cam sangat obses dan fanat serta taksub ngan kejiwangan suci dan berkarat. Cam lek lek je cinta dia, cam selit-selit celah gigi je. Haa camtu la, bukan major focus pun dalam citer nih. Meh aku bagitau, citer nih lebih menekankan sifat kekawanan dalam kehidupan. Macam mane korang handle kawan, macam mane korang cam sangat disenangi oleh kawan-kawan, tapi dalam masa yang sama, mengajar korang camne nak handle musuh tu jadi kawan sejati. Hehehehe!
6 . Aku tatau tajuk lagu, mungkin sebab aku tak suke sangat dengar soundtrack dulu sebelum tengok mane-mane movie, tapi aku cam sangat pasti ade 2 lagu yang memang gempak dan best gile. Lagu masa Nasha Aziz ngan Umie Aida tangkap jiwang, ngan lagu masa penghabisan. Korang mesti dengar bebetul, memang sangat best ok. Aku tak cakap lagu-lagu lain tu tak best, lelagu lain tu ade gak yang kelakar stok leh gelak tergelebak jatuh tangga ngan rela hati, tapi 2 lagu nih memang aku rasa leh letup-letup gak aa kalau cam selalu ade kat radio. Heheheh! Seriyes nih beb!
7 . Citer nih lebih beremosi. Tak banyak sangat lawak membunuh sel-sel pipi urat saraf sume, tapi agak banyak gak lawak-lawak simple cam biasa kita dengar. Kalau cakap pasal emosi, maksudnya ada emosi marah, emosi sedih, emosi lagak, dan segala jenis emosi. Tak banyak sangat aksi membuli stok buleh rasa benci, tapi banyak gak aksi membuli yang puas hati, stok yang "ARGHH YESSSS!!! PEGI MAMPOS KO!" Haa camtu. Disebabkan emosi jadi elemen utama dalam citer Buli Balik nih, aku cam sangat puas ati, bukan aku je, ramai gak manusia yang lain rasa menda yang sama, sebab banyak gak aku dengar respon spontan orang-orang dalam wayang tu cam "HAHAHAHAHAHHAHA! Padan muka!!". Ade gak yang "Alaaa kesiannyaaaa ko nihh", dan ramai gak yang tetibe kene penyakit selsema tanpa virus, atau dalam erti kate lain, menangis ngan sedihnya, dan aku pasti gile babih hampir sume sebak dan hiba. HAHAHAHAHAH maksudnya memang berjaya la bebbbbbbbbb!!!!
Dengan ketujuh-tujuh menda nih atau mungkin lebih banyak pendapat lagi dari orang-orang lain, ade satu je menda yang korang harus bersedia dan selalu ingat sepanjang masa, bahawa "Baik Punya Cilok takleh dicompare ngan Buli Balik". Kene ingat gak citer Buli Balik tade kene mengene ngan citer Baik Punya Cilok, walaupun kebanyakan pelakon dia cam sama. Nih seriyes beb, kene ingat dohhh! Mungkin ada yang suke citer Baik Punya Cilok, bile tengok Buli Balik cam downnn gile, tak segempak Baik Punya Cilok. Tapi mungkin ada gak yang akan kate Buli Balik nih cam best gile babih sehhh. Pada hakikatnya, Malaysia kini kian dilanda fenomena Afdlin yang sangat tak terhandle, sampai beribu-ribu manusia frust banyak kali semata-mata citer Baik Punya Cilok sold out berhari-hari. Buli Balik bakal menghadapi fenomena yang sama bermula hari nih, 26 Januari 2006. Amin! (pantasss wehhhhhh!! Serbuuuuuuu wayang!!)
* Idea untuk kasik sneak preview kepada blogger memang genius, sebab let say 80 yang datang tu, katakanlah busuk-busuk 40 kasik review yang sangat pantas, tak pepesal citer nih dapat promosi yang sangat hebat hanya menerusi networking yang simple dan berjela jela. Dan idea nih jugak sebenarnyer cam sangat bagus la untuk sume pelakon rasa cam lebih dekat ngan peminat citer Melayu pada umumnya. Pecah rekod dohhh, mane ade orang kasik sneak preview pada blogger, tul dak? Perlu masuk rekod Malaysia nih. Hehehe! Thanks and congrats Afdlin!
. view Buli Balik official site
[ photo credits to : Judd and SultanMuzaffar ]
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teater Wake Up and Smell The Coffee @ MMU Cyberjaya
|
|
[ visit also : mukeh ]
Suatu kesah monolog yang cukup berjaya. Wake Up and Smell The Coffee merupakan sebuah monolog yang mengisahkan pelbagai senario, dari scene di Airport, scene pompuan palsu, drugs, freedom, sex, violence, dan juga selingan watak Yoda Starwars, menjadikan monolog nih sangat kelakar dan unik.
Aku sebenarnyer sangat kagum aaa ngan monolog nih, sebab Malik Taufiq, pendukung sulung dalam monolog nih, sangat fluent ngan English, sangat menghayati setiap watak dan karekter, dan menjadikannyer sangat alive, walaupun kadang-kadang, ramai di kalangan audience terpinga-pinga tak paham.
Aku sebenarnyer tanak komen yang banyak, sebab aku masuk tu pun dah agak suku dah pun. Tapi kalau based kepada reaksi audience, memang gamat aaa hall tu ngan gelak tawa, ngan kata-kata cam "Babihh!!", "Bodoh siall", "Funny cam celakee" dan macam-macam lagi, yang pada hemat aku (cewahhh gune term hemat tu beb) memang berjaya aaaa Wake Up and Smell The Coffee nih, walaupun tidak kepada sebahagian crowd yang terpinga-pinga tu.
Congratulations kepada Malik Taufiq. Sangat impressive sial! Dem! Ohh tak lupe kepada Director Qahar. Korang memang layann!!
Review dari Isma
Hari tuh aku gi MMU tengok satu monologue nih, tajuk dia Wake Up and Smell The Coffee. Actually aku nak tgk theatre Gerek and Rodek and Qahar, tapi cam rupa-rupanya it was a double bill show, cam beli satu tiket dapat tengok 2 theatre, eh actually tripple bill sebab cam ada satu lagik theatre, tapi aku cam ciao awal, sebab ada date ngan Jabatan Pendaftara Negara.
Meh aku nak review sikit pasal WUASTC nih, aku malas nak taip panjang-panjang nanti aku penat, nih pun dah penat nih.
Malas aku nak bagi tahu apa synopsis benda nih, tapi pendek kata monologue nih ditulis oleh Eric Bogosian (American writer) dan Qahar (director) tak menyusahkan diri dia utk malaysianize kan script nih, sebab most of the script bercakap pasal those Americans about many things. biasalah, pasal sex, drugs, violence.
Sebab yg paling obvious bila Malik bercakap about something yg typical Malaysian tak tahu sangat, yang aku dengar gelak hanyalah darik segelintir orang-orang yang aware pasal benda yg si malik nih bercakap. Eh korang paham tak? Cam kalau aku cakap lawak Iban, mestilah orang Iban jer yg gelak kan? Takkan orang Minangkabau nak turut gelak, gila tipu. Tak pon cam orang Minang tuh buat-buat gelak sebab nak join the group.
Malik did a wonderful job actually, cuma aku tak suka bila intermission antara satu paragraph ke paragraph seterusnya, dia seolah-olah lost tetiba, tak pon cam nak ingat script. Contohnya cam ko bayangkan orang yg cam tengah nangis-nangis yg hebat pastuh tetiba dia cam berenti nangis sebab tak tahu pesal dan sambung nangis balik, actually contoh aku tuh tak bagus, tapi camtuh lah kiranya.
Apa lagik aku nak cakap pasal benda nih eks, ntah lah, kadang-kadang it's good to know the audience first before staging something. maybe content yg lebih personal ataupun lebih relevan patut diconsider, supaya bila penonton balik rumah dan mandi, diorang akan terpikir benda-benda yg Malik cakap masa diorang tengah sabun badan diorang. Itupun yg si Malik nih nak actually, awal-awal intro dia takperlah it's just a suggestion.
Pendek kata, monolque WUASTC (actually aku cam mention 2 kali jer kan WUASTC nih? Cam taip long form pon takper kan) boleh dikatakan bagus gaks mungkin 1 sebab malik, 2 sebab good script writting, 3 sebab qahar kot? 4. sebab tak panjang. 5. sebab buat beberapa orang gelak.
Harap-harap Malik nih perform lagik dan Qahar direct lagik, leh aku nak tengok lagik dan bukak booth kasik poskad TAS and KLPac dan jual t-shirt lagik.. hoooyeahh.
by Isma Yusoff, the Creative Director of The Actors Studio Design.
* kalau nak DVD monolgue WUASTC dengan harga 5 ringgit, buleh contact Isma thru aku. Hehe!
[ photo credits to : Amiu ]
Teater Toast! @ MMU Cyberjaya
[ visit also : mukeh ]
Dari pemikiran aku yang tak begitu sekreatif mane, aku harap sebarang komen dan review aku, tidak memberi kesan yang buleh kecik hati sampai silent mode dalam persahabatan. MUAHAHAHAHHAHAHAHH!
Ok meh aku nak review sket.
Toast! arahan David Lim, ditulis oleh Rodek atau Shahredza Minhat, pelakon kecilan (ok aku tak panggil dah pelakon sampah. HAHAHHAAH) Gol & Gincu, dan penulis skrip utk teater Tat Nenas, Juara Kebangsaan, merupakan satu teater yang sangat ringkas, tak complicated dan sangat muhibah.
Ngan lakonan selambe Gerek, yang memegang watak Sharifah Aini atau manjanyer Kak Pah, membuka tirai Toast! ngan memperkenalkan watak satu persatu. Aku sebenarnyer mengharapkan karekter yang lain dari yang lain, sebab bagi aku, karekter yang Gerek bawak nih cam tade beza ngan karekter dia dalam teater sebelum-sebelum nih. Kelakar tu memang kelakar dan funny wehh, tapi aku cam lagi suke kalau Gerek tetibe bawak karekter pembunuh saiko ker kan? HAHAHAHAH!
Ok back to the topic, Rodek, ngan watak Isnin bin Selasa, sebagai temporary senior clerk di opis Lim Construction and Landscaping Company Sdn Bhd. Nandini lakonan Veera, membawa watak seksi, dan menggoda, selain pemalas, suke cakap tepon dan suke tido dalam opis. Qahar, sebagai Lim, senang citer, memang owner utk company tu la, juga bersifat diktator.
Teater nih sebenarnyer lebih berkisar kepada Isnin, yang sangat terdesak untuk post permanent. Tu je sebenarnyer, bukan pasal toaster tu, toaster tu cam gimik je. Dia struggle buat keje yang sangat banyak termasuk kemas stor, tapi cam lek lek kool je si Nandini dah konfem permanent, disebabkan gaya seksi dan menggoda (cam senario yang biasa kite dengar skarang nih la kan kononnyer. Cam "Buleh laaa, cun, seksi, memang aa boss suke" takpun cam "Dia tu cam office bitch"). Turut diselitkan unsur cinta dan tipikal antara 2 bangsa. Disebabkan toaster, si Nandini mati, di kala cube berasmara dengan Isnin mase ditugaskan untuk mengemas stor.
Di awal dan akhir teater nih, memang ditekankan beberapa kali dah pun betapa desperatenyer Isnin nih untuk dapat post permanent sebagai Senior Clerk. Tekanan demi tekanan, menjadikan keadaan pun tertekan, ngan skandal antara Kak Pah dan Lim, juga kematian tak sengaja Nandini yang tidak dkantoi oleh sape-sape.
Bagi aku, Toast! hanya menggunakan sifat toaster tu sendiri. Tu ape yang aku pikir la, tak semestinya orang lain pun pikir yang sama tul dak? Ntah-ntah cam aku pikir nih pun digelak bodoh je ngan orang lain. MUAHAHAHAHHAH! Sifat toaster yang membakar tapi takde la sampai hangus sampai takleh makan, memang dipraktikkan dalam watak Isnin. Dia sebenarnyer cam sangat terbakar, gile babih cam tak puas ati kenape dia tak konfem-konfem lagi, tapi dalam keadaan dia yang terbakar-bakar tu, dia buleh lagi stay kat opis tu sampai 3 tahun. That's it. Simple je kan? Lagipun dalam citer nih, bukan kepanasan toaster tu yang bunuh Nandini (kelalaian Nandini takpun Isnin yang buatkan toaster tu tergolek), so same gak cam Isnin, bukan sifat tak puas hati dia tu yang membunuh Nandini.
Toast! pun cam ade menyentuh sifat tak amik tau masyarakat kite skarang nih. Cume cam exaggerate lebih sket je, aku rasa cam takkan la Nandini tu hilang bertahun pun cam orang leh tak sedar ye dak? HAHAHAHAH mampos la kan, aku pun tanak amik tau gak sebenanryer. HAHHAHAHA see!!!
Tapi satu je aku tak puas ati. Kenape transition dari satu scene ke satu scene tu cam barua tak bestnyer? Menggelabah sangat apehal? Tutup lampu tak konsisten, pastu bile nak susun meja tu, cam bising gile, sangat tak best, cam seolah-olah nak bagitau yang diorang tengah susun meja untuk next scene. Walaupun cam technical part cam tu kurang prektis, tapi aku rasa part nih pun perlu diamik kira gak seh. Tak kesah la kalau cam betapa bestnyer pun teater tu, menda nih memang kene amik kira gak.
Ok tu je. Ape-ape pun, aku suke teater nih disebabkan sifat toaster yang diguna-pakai dalam karekter Isnin. Harap maklum!
* HAHAHAHAHAH lain kali promotion mesti lagi power beb!
[ photo credits to : Amiu ]
Teater Gejola @ MMU Cyberjaya
[ visit also : mukeh ]
Teater paling simple dan stret to point antara tiga-tiga teater yang dipentaskan malam nih.
Bermula ngan buat salah, pastu ade argument di kalangan pesalah yang akan dihukum bunuh, pastu bile sampai part dihukum bunuh, barulah betapa pentingnya kehidupan yang rasional, dan bertolak ansur.
Kekuatan teater nih adalah pada ekspresi muka si mamat perogol bersiri tu, dan sleng dialek Kelantan si mamat yang mencurik telur ayam tu. Transition dari satu scene ke satu scene pun sangat simple, tidak melibatkan lampu secara keseluruhannya, tapi lebih kepada sound efek.
Dipentaskan selama 30 minit lebih kurang, sangat mudah difahami, dan beremosi tidak puas hati.
Aku rasa pakaian serba putih tu cam kurang kena je, walaupun cam sebenarnyer aku rase diorang nak amik mood mati kene hukum bunuh tu kot. Aku lagi prefer kalau diorang gune serba hitam. Baru nampak lebih beremosi. MUAHAHAHAHAHHAHAHA!
Moralnyer : Wujudnya pilihan yang tiada pilihan.
[ photo credits to : Amiu ]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Saiecho Raya II 2005 @ TTDI Jaya, Shah Alam
|
|
[ visit also : mukeh ]
Dira dikatakan dah prepare sejak kul 9 pagi, Haris dah pegi beli ayam awal-awal lagi kat Giant, si Arip tungkus lumus carik dapur untuk bakar ayam. Aku cam struggle sket untuk melawan rasa sakit kepale durjana. Perez plak tengah gigih menyiapkan kerja opis yang tak sudah-sudah.
Kul 7 petang, masih lagi hujan-hujan. Signboard yang sepatutnyer kitorang letak dari flyover di Federal Highway sampai ke simpang kedai terpakse dilupakan hasrat. Ayam dah start di BBQ kan kul 740 petang. Agak-agak api dah semarak yang buleh membakar lemak-lemak ayam, kitorang pun blah menyiapkan diri ngan baju pink memasing.
Alifa, as a crew and special guest and host, terpakse pakai baju hijau biru muda. Setiap orang dari kitorang pakai tag, untuk bagitau guests sebenarnyer kitorang berlima yang organized Saiecho Raya 2 nih. Kiranya nih gabungan 5 orang punye open house.
Saiecho Raya 2, walaupun banyak clash ngan open house lain, served 5 menu utama. MUAHAHAHAHHA poyo kan? Mampos aa. Ade BBQ (most of them kate nih yang paling maut gile sedap dan layan), nasi dagang (kurang sambutan mungkin sebab sejuk sket), mee hoon (menyelerakan nyum nyum), ada satay (menu pertama yang abis licin), dan puding sebagai desert. Dan disudahi ngan air sirap campur oren yang sedap tapi agak manis bila dibancuh kali kedua. MUAHAHAHAHHAHA!
Jadi, kepada mereka yang datang, tak kira la kawan aku ker, kawan Dira ker, kawan Arip ke, kawan Haris ker, kawan Alifa ker, kawan Perez ker, takpun kawan kepada kawan, ataupun kawan kepada adik organizer, kami sangat berterima kasih sebab memeriahkan open house kami yang setahun sekali je kitorang buat nih. Setiap tahun tak sama, setiap tahun akan ade kelainan.
Juga terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu, cam Izwan sebagai cameraman, Alifa yang bertungkus lumus menyapot atas bawah belakang depan kiri kanan segalanyer. Superb! Tak lupa kepada MADNESS yang terdiri dari Dira, Arip ngan Haris, yang begitu bersemangat menjayakan Saiecho Raya 2. Perez, selaku designer Saiecho Raya 2 yang kreatif, juga tak dilupakan beb.
Kepada rakan-rakan MMU, rakan-rakan bekas opis ITIS, rakan-rakan blog (rasanya Lynahafiz je yang datang), rakan-rakan SAS, rakan-rakan seperniagaan (Apix, Faizal, Chot, Finas dan segalanyer), rakan-rakan boss (Acha, Rashid, Dino, Giant dan lelain), rakan-rakan Alifa ku (seperti Are E dan bf, Tariq n Ad, dan segalanya), gf Fahd dan rakan-rakan (Shalala & friend), rakan-rakan TTC, rakan-rakan Arip, rakan-rakan Haris, rakan-rakan Perez, juga rakan-rakan Dira, diucapkan banyak-banyak terima kasih tak terhingga. Sememangnye kedatangan anda amat-amat tak terhingga dihargai.
Semoga kite berjumpa lagi di Saiecho Raya III yang sedang dirangka.
Thanks so much! Harap maaf atas segala kekurangan!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sandiwara Lontong & Caramel @ TTDI Shah Alam
|
 |
|
Aku tak paham sial kenape cam terlentok camtu
|
|
 |
|
Sengih yang tak manis
|
|
 |
|
Diskodeng di celahan jari yang tak enak
|
| | View all 33 photos... |
|
[ visit also : mukeh ]
Mercun kecik cam bebola ikan atau bahasa omputih yang dibanggakan tu dipanggil fishball, kitorang baling mercun tu kat umah kawan kitorang paling anti dan tak suke. Pastu pecut ngan keter. Mercun kecik tu jugak kitorang baling kat orang yang tengah main basketball pastu nyorok dalam keter senyap-senyap. Mercun kecik tu jugak kitorang baling dalam tong sampah warna biru kat taman-taman permainan, bunyi berdesinggg tapi berdengung dan bergema.
Tahun nih, mercun kecik tu masih lagi menjadi favorite mercun kitorang. Cume tahun nih kitorang tambah 2-3 mercun lagi 2 kali ganda besar dari tu. Mercun kecik tu kitorang baling kat dalam longkang, sebab saje je nak layan percikan air longkang tu. Gempak siall!
Pastu kitorang selitkan satu mercun kecik tu kat celah-celah daun pisang, abis berkecai dan putus daun pisang tu. Jatuh berguguran menyembah bumi. Ngan rasa sangat excited untuk membunuh ngan lebih kejam, kitorang letak mercun besar 2 kali ganda tu di tengah-tengah celah pelepah daun pisang tu. Elok-elok je mercun tu meletup, kitorang cam wahlauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, gile siallllll, pokok pisang tu hancur berkecai gile-gile nyer. Kesian sial, dah la pisang tak berbuah dua kali, nih kan pulak kene belasah bunuh ngan sangat jahanam ngan manusia yang bergembira di Aidilfitri.
Kalau korang nak tengok pokok pisang tu, datang Saiecho Raya II pada 19 Movember nih, korang leh tengok dengan lebih dekat. MUAHAHHAHAHAHAHAH!
[ credits to : Arip ]
|
|
|
|
|