Want your
own Fotopage?












 
mukeh's FotoPage

By: mukeh mukeh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Nov-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Syawal 1427 @ Taman Desa Minang & Teluk Panglima Garang

[ visit also : mukeh ]



Memandangkan Aidilfitri nih sebulan lamanya, maka tak salah gak rasanya aku wish 'Salam Aidilfitri' kat sume yang membace website aku yang happening dan menarik nih. MUAHAHAHHAHAHAHAHHA! (mase Aidilfitri je aku berlagak, hari-hari lain aku tak sangat. HAHAHHAAHHA!)

Walaupun hari nih dah masuk 14 Syawal 1427, aku tetap nak mintak maap gak, pada semua yang aku pernah buat bengang, tension, marah, upset, sedih, kecewa, tak amik pedulik, mahupun telah menjadi musuh sekarang nih. Ohh sesungguhnya manusia selalu buat kesilapan yang tak pernah reti nak berenti apetah lagi nak berubah. Termasuk la aku yang sangat mudah leka dan tersesat nih. MUAHAHAHAHHAHA!

Raya tahun nih, especially nyer kepada rerakan aku yang kat KL, yahh aku tau, raya kali nih cam sangat tak best. Tade mercun, tade mangsa untuk dibommm berderaiii, tade sesi bergambar sakan yang hebat posing di sana sini, tade acara melantak makanan sampai terkoyak baju, mahupun acara bergelak sakan. Mungkin keadaan yang hujan setiap hari membunuh mood dan keceriaan kita yang membuak-buak nih. Ehhh tapii bukankah hujan itu rahmat? Heheheh!

Seminggu berlalu, bagaikan cam baru 2-3 hari je Aidilfitri datang menyinggah dalam kehidupan kite nih. Hijau mungkin tema yang paling damai di Aidilfitri kali nih. Kalau tahun lepas, purple menjadi warna bergaya, merah menjadi warna keceriaan untuk tahun sebelumnya, dan peach plak warna ketenangan untuk tahun 2003, aku rasa 2006 memerlukan kaler yang mendamaikan aku dalam ape jua keadaan.

Maka wahai rakan-rakan, wahai musuh-musuh, wahai client-client, wahai reader-reader ku, wahai stalker, wahai stranger, wahai admirer, wahai segala macam manusia, cepat-cepatlah anda semua reserve kan 25 November dalam reminder anda, dalam kalendar anda, dalam pda anda, dalam ape-ape yang anda rasa anda pasti ingat dan takkan terlupe, untuk sama-sama memeriahkan Saiecho Raya III, yang lebih berkonsepkan kesederhanaan dan santai bergelak sakan, sampai terlupe hari esok.

Tempat tak pasti, tapi yang pastinya, 25 November 2006, Sabtu, bermule jam 830 malam, kita akan melantak sehabis mungkin, biar kite sume terbeluwak, sampai tak ingat dunia, sampai terlupe wujudnya hari esok. Poster? Invitation? Ohh sume tu korang sume tayah risau, sebab promosi akan bermula secara besar-besaran yang sangat hebat mencanak!

Ohh kalau nak aku invite personally thru SMS, maka jangan segan-segan bangsat, untuk email aku kat mukeh[at]yahoo[dot]com ok?? Kalau segan, aku tarak hal, tak amik pedulik sangat pun, tapi tak best la kalau tak datang ye dak?

Haa 25 November tu cam dah 4 Zulkaedah, so jangan nak mengada tak dapat datang sebab ada open house raya lain, sebab aku rasa Saiecho Raya III nih dah cukup saiko dah sebab dibuat selepas raya abis. MUAHAHAHHHAHAHAHAHAH! Ntah-ntah Saiecho Raya IV buat masa raya haji kot? Kan?

So mariiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.